SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:

(i) Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
(ii) Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan). 

Objektif utama SLDN – melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu: 
(i) Teknikal 
(ii) Sosial & Kemanusiaan
(iii) Metadologi & Pembelajaran 

 

 

SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Pelaksanaan SLDN boleh dibuat dengan kaedah berikut: 
(i) Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
(ii) Syarikat Latihan Dalaman (In-house)

 

Contoh Sijil SKM: