• 1.jpg
  • 3.jpg

banat2

 

 banat19

 

BANGUNAN MADRASAH

 

Semenjak beroperasi Madrasah Al-Qurra’ mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat. Oleh itu, demi usaha menjaga kelangsungan tanggungjawab memelihara amanah Al-Quran, MAQ mengorak selangkah ke hadapan dengan membina sebuah Madrasah Tahfiz untuk menempatkan pelajar-pelajar perempuan. Madrasah Al-Qurra’ Lil Banat (Perempuan) ini telah dibina di atas sebidang tanah di Lot 1395,Mukim Melekek, Alor Gajah, Melaka yang juga telah diwaqafkan oleh Tuan Hj. Ismail bin Abdullah. MAQ amat bersyukur ke hadrat Illahi dan berterima kasih kerana di atas keperihatinan seorang hamba Allah yang bermurah hati sudi memberi sumbangan infaq berbentuk wang sebanyak RM500,000 iaitu sebahagian daripada jumlah kos pembinaan untuk pembinaan Madrasah Al-Qurra’ Lil Banat, Melekek ini. Di samping dari sumbangan orang ramai ,madrasah ini telah siap dibina dan diguna pakai.

 

 

Penempatan dan tempat pengajian pelajar tahfiz perempuan ini telah siap beroperasi pada Oktober tahun 2016. Sistem pembelajaran yang digunakan juga adalah sistem yang sama yang dilaksanakan di Madrasah Al-Qurra’ yang telah beroperasi di Taboh Naning, Simpang Ampat, Melaka. Kini MAQ Lil Banat merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran dan tahfiz bagi pelajar-pelajar perempuan yang kini mencecah hampir 30 orang pelajar yang berumur lingkungan dari 13 tahun hingga 17 tahun.

 

BARISAN MPP YANG DILANTIK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

039989
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
147
164
311
1570
5241
32119
39989